JANGAN BIARKAN MEREKA TERPERDAYA
Jangan biarkan warga emas menjadi mangsa scam dalam talian.
‘Scammer’ sering menyasarkan warga emas dengan taktik seperti panggilan palsu, mesej kecemasan, tawaran pelaburan tidak wujud dan pautan mencurigakan yang bertujuan mencuri wang serta maklumat peribadi.
Lindungi mereka dengan langkah mudah ini:
Jangan kongsi TAC, OTP atau maklumat perbankan kepada sesiapa.
Semak kesahihan panggilan, mesej atau pautan sebelum bertindak.
Elakkan membuat pembayaran kerana terdesak atau dipaksa.
Berbincang dengan ahli keluarga jika menerima tawaran atau arahan yang meragukan.
Gunakan saluran rasmi untuk pengesahan.
Kesedaran keluarga adalah benteng pertama melindungi warga emas daripada jenayah siber. Luangkan masa untuk mendidik dan membantu mereka mengenali tanda-tanda scam.
