MAKLUMAT PELAJAR
Nama : Basi Anak Dudor
Umur : 62 tahun
Email : basidudor55@gmail.Com
Alamat : Rumah Nyawin, Sungai Tamin, Batu 36, Jalan Oya, Selangau, 96000, Sibu, Sarawak
No. Telepon : 016-8988408
Tarikh Keahlian : 15/09/2016
KISAH KEJAYAAN
Latar Belakang : Seorang warga emas yang tinggal dikawasan luar bandar dan tiada pengetahuan asas tentang ICT.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pi : Sebelum menjadi ahli Pi dan tidak mendalami ilmu ICT. Puan Basi Anak Dudor langsung tidak memahami apa itu ICT. Beliau tidak tahu menggunakan komputer secara asas. Apatah lagi melayari dunia maya.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pi : Puan Basi Dudor telah mendaftar sebagai ahli Pi Tamin pada 15/09/2016. Pelbagai perkara baru yang telah dipelajari oleh beliau. Antaranya ialah proses mengendali komputer secara asas. Beliau lebih yakin dan selesa setelah mendalami ilmu asas ict di Pusat Internet Tamin. Puan Basi menunjukkan peningkatan positif dalam penguasaan ilmu ict setiap bulan. Beliau sekarang telah menguasi dengan baik Microsoft Word & Microsoft Powerpoint. Selain itu, banyak masa lapang beliau dihabiskan dengan perkara yang berfaedah seperti mengikuti kelas latihan Microsoft Word, Powerpoint & Kelas Klik Dengan Bijak (KDB) yang dianjurkan oleh pertugas Pi Tamin.
PERANAN PUSAT INTERNET
Pembelajaran Melalui Pi : Sejak penglibatan saya di Pi Tamin, kemahiran dan ilmu pengetahuan saya semakin berkembang. Saya kini telah menguasai ilmu ICT dengan baik. Saya semakin lancar menaip dan mencari maklumat tambahan yang berkaitan dengan keperluan saya. Pada saya, pendedahan dan pembelajaran ilmu ICT yang saya pelajari disini sememangnya sangat membantu saya dalam soal pengurusan kerja-kerja harian saya. Terutamanya dari aspek pengetahuan pertanian moden, ilmu keusahawanan dan pendedahan atau perkongsian resepi masakan secara online.
Pelbagai pembelajaran yang saya dapati disini, antaranya ialah mengikuti kelas latihan Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, pembelajaran asas ilmu Seni Teknologi Visual, etika dalam melayari internet dan pengaulan yang positif. Memandangkan saya merupakan seorang warga emas yang kurang yakin dengan potensi diri untuk menguasi ilmu ICT.
Peranan Pi membantu meningkatkan tahap pengusaan ICT : Puan Basi Anak Dudor tidak melihat usianya sebagai penghalang untuk beliau mendapatkan ilmu pengetahuan ICT. Ramai yang sebaya dengannya lebih rela duduk dirumah berbanding dengan beliau yang sentiasa dahagakan ilmu. Bagi beliau inilah masa yang paling berharga untuk beliau mendapatkan ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi ianya disediakan secara percuma untuk membantu komuniti luar bandar.
Sebagai seorang warga emas yang tidak mempunyai pendidikan pada usia mudanya. Kini beliau seakan mampu menandingi golongan muda dalam penguasaan ilmu asas komputer dan ICT.