Rabies adalah jangkitan virus akut. Rabies terdapat dalam haiwan di kebanyakkan negara di seluruh dunia. Kebanyakkan kes jangkitan manusia belaku di negara-negara membangun.
Agen Penyebab:
– virus rabies, sejenis rabdovirus dari genus Lyssavirus.
Cara Jangkitan:
– virus rabies terdapat dalam air liur haiwan dan boleh dijangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka.
Tempoh Pengeraman:
– 3 hingga 8 minggu, seawal-awalnya 9 hari atau selewat-lewatnya 7 tahun.
Di kawasan yang bisa terdapat jangkitan rabies (kawasan endemik), pelawat berisiko mendapat jangkitan jika berhubung kait dengan haiwan liar atau haiwan peliharaan termasuk anjing dan kucing.
Komplikasi:
– sukar bernafas sehingga menyebabkan kematian.
Rawatan:
– rawatan selepas terkena gigitan bertujuan untuk mengelakkan jangkitan rabies. Rawat luka dengan segera, basuh luka dengan sabun dan air sahaja. Selepas itu, sapukan etanol (70%) atau tinkur atau larutan iodin akuens atau iodin povidon.
Langkah Berjaga-jaga:
– elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik. Jika seseorang digigit oleh haiwan yang mungkin dijangkiti rabies atau berhubung kait dengan seseorang yang disyaki menghidap rabies, segera bersihkan luka dengan sabun dan air. Selain itu, segera dapatkan rawatan doktor.
Sumber: www.myhealth.gov.my/en/rabies-penyakit-anjing-gila/
