mcmc
Maklumat Am

KEPENTINGAN KITAR SEMULA

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA?

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

  1. Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa.
  2. Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
  3. Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
  4. Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.

KEPENTINGAN KITAR SEMULA

  • Pemeliharaan sumber semula jadi

Sisa pepejal bukan hanya terhasil apabila pengguna membuang barangan yang tidak diperlukan tetapi ia bermula dari pemprosesan bahan mentah, pengangkutan dan kemudahan pengilangan barang-barang terpakai. Penggunaan semula barang-barang dapat mengurangkan sisa pepejal yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian barang-barang baru. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan permintaan barang di pasaran dan menurunkan kadar penggunaan sumber semula jadi untuk pemprosesan barang baru.

  • Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya

Memilih barang-barang tidak berbahaya atau kurang berbahaya merupakan komponen lain yang penting dalam pengurangan sumber. Menggantikan barang kurang berbahaya dalam barang-barang tertentu (produk pembersihan atau racun yang digunakan untuk membunuh makhluk perosak), berkongsi produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya daripada membuang lebihannya, membaca arahan label secara teliti dan menggunakan dalam kuntiti yang sedikit adalah cara mengurangkan penghasilan sisa berbahaya yang tidak boleh dikitar semula.

  • Menjimatkan kos

Mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal. Ia juga membantu penjimatan ekonomi bagi komuniti, perniagaan, sekolah dan pengguna-pengguna individu.

  • Perniagaan sektor industri

Ia juga mempunyai insentif ekonomi dengan amalan pengurangan sumber. Apabila peniaga menghasilkan barang – barang yang kurang pembungkusan pembelian, penggunaan bahan mentah dapat dikurangkan. Pengurangan dalam kos pengeluaran juga menyebabkan jumlah keuntungan yang besar. Ia boleh dialirkan terus kepada pengguna dalam bentuk harga barang yang rendah.

Source:https://patricia820.wordpress.com/kelebihan-kitar-semula/