Kes COVID-19 dunia pada masa kini telah mencapai sekitar 22.6 juta kes. Jumlah kes harian dunia menunjukkan kenaikan iaitu lebih kurang 274,000 kes berbanding sebelumnya 256,000 kes.
Jumlah kes harian bagi negara India dan Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan iaitu masing-masing sekitar 73,000 kes dan 45,000 kes. Manakala negara Brazil pula kekal sekitar 49,000 kes.
Kadar kematian dunia pada masa kini menurun kepada 3.50% atau sekitar 791,000 kes dan kadar kesembuhan pula meningkat 66.90% atau sekitar 15.1 juta kes