TIPU PELABURAN
Modus Operandi :
1. Mangsa ditawarkan pelaburan secara dalam talian (FB, IG, Telegram dll) atau melalui kenalan.
2. Mangsa akan dihubungi oleh ejen dan diterangkan tentang skim pelaburan tersebut.
3. Antara tawaran skim pelaburan palsu ini adalah :-
– Pulangan dan keuntungan tinggi dalam tempoh masa pendek.
– Tiada risiko atau tidak akan rugi.
– Pulangan modal akan dipulangkan bila-bila masa jika pelabur ingin menarik diri.
– Mendapat komisen sekiranya mencari pelabur baru.
– Pelaburan dari luar negara. Suspek akan meyakinkan mangsa bahawa pelaburan tersebut tiada dalam senarai Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhnajaya Sekuriti Malaysia (SC) kerana merupakan pelaburan luar negara.
4. Mangsa akan diberikan akaun website atau e-wallet untuk memantau pelaburan atau mengeluarkan wang pelaburan.
5. Mangsa diminta memasukkan wang ke akaun ejen atau akaun atas nama syarikat.
6. Selepas beberapa kali menerima pulangan, mangsa gagal mengeluarkan keuntungan atau modal seperti yang dijanjikan. Mangsa juga gagal untuk akses masuk ke dalam website / e-wallet. Ejen turut menghilangkan diri.
Tip & Nasihat
– Mana-mana syarikat atau individu yang tidak diberi lesen / kebenaran dari BNM atau SC tidak boleh menerima deposit dari mana-mana pihak.
– Semak alert list pelaburan di laman web BNM (https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list) dan laman web SC (https://www.sc.com.my/…/sc-investor…/investor-alert-list)
– Hubungi BNM (1-300-88-5465) dan SC (03-6204 8999) untuk pertanyaan atau aduan berkaitan pelaburan.
– Jangan mudah percaya pada tawaran pelaburan ‘too good to be true’.