Aplikasi Dashboard komuniti mempunyai peranan yang tersendiri dalam merealisasikan & mentranformasikan wawasan komuniti sekitar Tamin. Apa tidaknya, pecahan modul yang begitu membantu komuniti dalam memenuhi kehendak matlamat kendiri. Khususnya mereka yang berkecimpung dalam dunia perniagaan online. Aplikasi ini sangat membantu urusniaga mereka dalam skala yang sederhana. Meski masih baru diperkenal disini, penerimaan apikasi ini disekitar warga Tamin agak memuaskan. Ya, majoriti mereka disini datang dari keluarga yang sederhana & tidak berkemampuan. Ini menjadi faktor sebahagian mereka tidak mampu memiliki Smartphone untuk memuat turun aplikasi hebat ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga diantara mereka yang benar-benar aktif & menghargai kewujudan aplikasi ini dengan baik. Sebagai tanda terima kasih pihak Pusat Internet Tamin kepada mereka. Beberapa hadiah menarik yang telah diberikan kepada mereka hasil dari pemilihan pihak HQ [MSD Digital]. Pihak Pusat Internet sentiasa mencari ruang yang baik agar penguasaan aplikasi DK ini dimanfaat sepenuhnya oleh warga komuniti Tamin.