
AWAS TAWARAN PEKERJAAN PALSU DI MEDIA SOSIAL! ![]()
Sindiket penipuan kini licik memperdaya mangsa dengan tawaran kerja mudah dan gaji lumayan melalui WhatsApp dan media sosial. Ini mungkin Perangkap!! ![]()
Modus Operandi Penipuan:
Diminta buat โtugasanโ palsu yang nampak mudah & cepat
Dipaksa buat bayaran berulang ke dalam akaun yang mencurigakan
Akhirnya, wang anda lesap tanpa jejak dan gagal menghubungi agent
Pesanan Penting:![]()
Tiada majikan sah akan meminta bayaran untuk bekerja.
Semak dahulu nombor telefon & nombor akaun sebelum buat transaksi.
Jangan mudah percaya. Jangan terus buat bayaran.
Amalkan Konsep 3S untuk Melindungi Diri Anda:
Soal kesahihan maklumat yang disampaikan sebelum bertindak.
Sekat diri daripada berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda.
Sebar dan kongsikan modus operandi bersama pihak berkuasa dan rakan-rakan.
Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
#KDN2025#KementerianDalamNegeri#JanganKenaScam#KenalSebelumKena#BNM#ABM#AIBIM#FENetwork#FinancialLiteracy#FinancialEducation#ScamAlert#MalaysiaMADANI#investsmartsc#seccommy#scam#bijaklabur#silaplaburduitlebur#semaksebelumlabur#LetsFightScammerTogether#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#MCMC#Taknakscam#KementerianKomunikasi#SoalSekatSebar#spotstopshare