mcmc
Uncategorized

AWAS !! PENIPUAN PELABURAN ..

AWAS ⚠️ PENIPUAN PELABURAN ❗️

Penipuan pelaburan, atau “scam” pelaburan, melibatkan janji pulangan tinggi yang tidak realistik dengan risiko yang sangat rendah atau tiada risiko sama sekali. Modus operandi ini sering kali mendesak mangsa untuk membuat keputusan segera.

🔍Ciri-ciri utama Penipuan Pelaburan

• Pulangan Tinggi Dijamin.

• Risiko Rendah atau Tiada Risiko.

• Tekanan untuk Bertindak Segera.

• Syarikat Tidak Berdaftar/Tidak Berlesen.

• Kekurangan Maklumat Jelas.

• Penggunaan Individu Berpengaruh (Influencer).

🚨Cara Mengelakkan Penipuan

• Semak Kesahihan.

• Jangan Terpedaya dengan Janji Manis.

• Lindungi maklumat peribadi dan kewangan anda.

▶️Jika Anda Menjadi Mangsa

1. Hubungi Bank Anda: Segera hubungi hotline bank anda untuk menyekat sebarang transaksi mencurigakan.

2. Laporkan kepada NSRC: Laporkan kejadian tersebut kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.

3. Buat Laporan Polis: Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

#PDRM

#JSJK

#BeSmartStayAlert