mcmc
Berita Setempat

BENCANA BANJIR SEKITAR BATU 36 TAMIN


07 Februari 2018 : Pusat Internet Tamin masih beroperasi seperti biasa meskipun sebahagian kawasan disini telah ditengelami air. Keadaan rumah yang berdekatan dengan tebingan Sungai Tamin menjadi salah satu faktor yang mengundang kepada kejadian ini lebih teruk. Hujan yang tidak berhenti sejak 2 minggu ini menyebabkan paras Sungai Tamin naik dengan mendadak. Beberapa kawasan rumah panjang disini terjejas akibat daripada bencana ini. Selain itu, bekalan air bersih telah terputus sejak semalam (06/02/2018). Bekalan elektrik juga terpaksa ditutup bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Antara rumah panjang yang terjejas akibat bencana ini ialah Rumah Mohmat, Rumah Nyawin, Rumah Jelai, Rumah Jungan, SK Batu 36 & perumahan sekitar Tamin. Setakat ini, tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Memandangan ada beberapa agensi kerajaan telah ditugaskan bagi memantau kawasan ini (BOMBA & JAPAM). Warga komuniti diingatkan agar sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga & soal keselamatan amatlah dititikberatkan. Pihak Pusat Internet Tamin berharap agar bencana banjir ini dapat pulih seperti sediakala & sama-sama kita doakan keselamatan & kesejahteraan warga komuniti Tamin.