mcmc
Produk Tempatan

BENGKEL BERAMBEH NYULAM SELAMPAI

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Jaba Emas dengan kerjasama Pusat Internet Tamin. Seramai 11 orang peserta wanita dari kawasan berhampiran telah mengambil bahagian. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah tentang cara penyulaman dan juga latihan praktikal yang dibimbing oleh Puan Emas Jaba. Selain itu, para peserta juga dibekalkan dengan peralatan untuk menyulam selampai dan juga berpeluang membuat sendiri selampai dengan tunjuk ajar daripada Puan Emas Jaba. Para peserta juga dapat menghasilkan sendiri selampai mengikut corak pilihan sendiri.

Tarikh : 16 Februari 2019

Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang