Plastik adalah kompsisi bahan kimia yang susah nak terurai. Kalau terurai sekalipun mungkin akan makan masa beribu tahun baru lah dia akan terurai. Jadi, seeloknya kita kurangkan penggunaan plastik supaya bumi kita dapat tahan lama.
Jadi, kami nak kongsi dengan korang macam mana korang boleh guna barang untuk kurangkan penggunaan plastik:
1. Elakkan Guna Botol Plastik
Lebih satu juta botol plastik dibeli di seluruh dunia untuk setiap 60 saat. Tapi, tak sampai separuh pun yang digunakan untuk kitar semula. Jadi, mulai hari ni, belajar lah untuk guna botol yang boleh kitar semula atau guna lama.
2. Bawa Penyedut Minuman Yang Boleh Diguna Semula
Penyedut minuman ataupun straw antara bahan plastik yang sering digunapakai tapi tak digunabalik. Iya lah sapa je yang nak guna balik straw kan? Tapi sekarang ni dah ada straw yang boleh diguna balik. Straw yang dibuat dari besi itu sangat mudah dibawa dan boleh digunapakai.
3. Beli Shopping Bag Sendiri
Selalu pergi shopping kita mengharapkan bag plastic daripada kedai tu. Apa kata mulai sekarang bawa bag kita sendiri. Cara ni boleh lah kita kurangkan penggunaan bag plastik.
4. Buat sendiri bekas simpan makanan
Kalau orang dulu-dulu suka guna bekas kaca milo, nescafe dan sebagainya untuk simpan rempah ratus. Tapi, sekarang dah kurang dah orang buat macam tu. Jadi, mungkin korang boleh buat macam ni balik untuk kurangkan penggunaan beg plastik.
5. Bawa sendiri mug pergi ke mana-mana sahaja
Mulai sekarang beli mug atau tumbler sendiri. Bila nak beli air je, suruh letakkan dalam tumbler atau mug tu. Jadi, boleh lah kurangkan penggunaan bag plastik.
Source: https://syok.my/bm/5-cara-untuk-mengurangkan-penggunaan-plastik/