Pusat Internet Tamin telah berjaya menjalankan PROGRAM DASHBOARD KOMUNITI pada 23 September 2017 (Sabtu). Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran ICT dalam kalangan komuniti setempat di mana dalam program tersebut akan diberikan penerangan tentang aplikasi Dashboard Komuniti kepada penduduk Tamin. Aplikasi Dashboard Komuniti ini akan menjadi salah satu penghubung antara komuniti setempat dalam dunia maya. Pengisian program ini adalah seperti taklimat mengenai aplikasi Dashboard Komuniti, taklimat Klik Dengan Bijak, penerangan E-Waste & Bimbingan Keusahawanan bagi usahawan-usahawan di sekitar Tamin, Selangau.
Program seumpama ini akan terus dijalankan dimasa akan datang sebarang maklumat lanjut tuan/puan boleh terus hubungi talian berikut :
014-8772744 (En. Ulyses Roland) & 0148779814 (En. Gilbert Anthony)