DUIT CEPAT MASALAH DAPAT
“Saya masukkan RM500 je semalam, hari ini dah jadi RM2,000!”
Nampak meyakinkan?
Itulah yang scammer mahu anda percaya.
Mereka akan tunjuk keuntungan besar, testimoni palsu dan gaya hidup mewah untuk membuatkan anda rasa anda sedang terlepas peluang keemasan.
Tetapi apabila anda mula memasukkan lebih banyak wang, keuntungan tiba-tiba tidak boleh dikeluarkan. Akhirnya, bukan untung yang anda dapat simpanan pula lesap.
Jika sesuatu pelaburan menjanjikan keuntungan luar biasa dalam masa singkat, itu petanda untuk lebih berhati-hati, bukan lebih teruja.
Jangan kejar duit cepat sehingga hilang duit yang ada.
