mcmc
Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

HARI BERSAMA KOMUNITI TAMIN 2018

September 27, 2018 @ 9:00 am - 2:00 pm

Hari Bersama Komuniti 2018 diadakan di Pusat Internet Tamin pada 27 September 2018 (khamis) bersama-sama dengan penduduk di sekitar Tamin. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan. Antaranya ialah Taklimat Dashboard Komuniti oleh Pengurus Pusat Tamin sendiri iaitu Encik Ulyses. Pertandingan mewarna untuk anak-anak tadika juga telah dijalankan dan mendapat penyertaan seramai 8 orang. Selain itu, taklimat Klik Dengan Bijak juga telah diberikan kepada anak muda untuk meluaskan pengetahuan mereka mengenai cara – cara menggunakan internet dengan cara yang betul. Tambahan pula, Pusat Internet Tamin juga mengambil peluang ini untuk mempromosikan laman sesawang Sebenarnya.com kepada komuniti Tamin supaya mereka boleh menentukan kesahihan berita yang diterima daripada sumber-sumber internet. Ceramah mengenai Mobile E-waste juga telah diberikan untuk meningkatkan kesedaran penduduk mengenai keburukan membuang sampah telefon sebarangan dan harus dikitar semula mengikut cara yang betul. Akhir sekali, ceramah keusahawanan telah diberikan bagi membantu golongan yang berminat untuk mengembangkan dan meluaskan rangkaian promosi produk mereka. 

Details

Date:
September 27, 2018
Time:
9:00 am - 2:00 pm
Event Category:

Organizer

014-8772744 (Pengurus) / 014-2079948 (Penolong Pengurus)

Venue

Pusat Internet Tamin
Pusat Internet Tamin + Google Map