mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS KLIK DENGAN BIJAK

Tarikh : 16 Oktober 2018

Masa : 2.00p.m – 3.00p.m

Lokasi : Pusat Internet Tamin

Peserta : 7 orang

 

Tujuan: 

Mempromosikan Program Klik Dengan Bijak yang dianjurkan oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan memupuk kesedaran pelajar tentang pentingnya menggunakan internet atau sosial media dengan berhemah.

Aktiviti:

  • Para pelajar diberikan ceramah mengenai kebaikan dan keburukan internet jika tidak digunakan dengan bijak.
  • Pelajar juga didedahkan dengan langkah-langkah keselamatan dalam menggunakan media sosial berdasarkan kempen kesedaran yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).
  • Memberi info mengenai buli siber dan penipuan (scam) menggunakan internet/media sosial sebagai medium kegiatan jenayah yang banyak berlaku pada masa kini kepada para pelajar supaya mereka sentiasa berjaga-jaga/berwaspada dalam berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali dalam alam maya.