mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN ADIK ANJEANA RINI ANAK ANGGI

MAKLUMAT PELAJAR

Nama : Anjeana Rini Anak Anggi

Umur : 9 Tahun

Alamat : Rumah Jungan, Sungai Tamin, Batu 36, Jalan Oya, Selangau, 96000, Sibu, Sarawak.

Tarikh Keahlian : 04/03/2016



KISAH KEJAYAAN

Latar Belakang : Seorang pelajar Sekolah Rendah yang tinggal dikawasan luar bandar dan tiada pengetahuan asas tentang ICT.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet : Sebelum menjadi ahli Pusat Internet dan tidak mendalami ilmu ICT. Adik Anjeana langsung tidak memahami apa itu ICT. Beliau tidak tahu menggunakan komputer secara asas.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet : Adik Anjeana Rini telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Tamin pada 04/03/2016. Pelbagai perkara baru yang telah dipelajari oleh beliau. Antaranya ialah proses mengendali komputer secara asas. Beliau lebih yakin dan selesa setelah mendalami ilmu asas ICT di Pusat Internet Tamin. Adik Anjeana menunjukkan peningkatan amat positif dalam penguasaan ilmu ICT setiap bulan. Beliau sekarang telah menguasi dengan baik Microsoft Office (Word, Powerpoint & Excell) & pendedahan tentang dunia IT (Literasi Digital ICT).

Selain itu, banyak masa lapang beliau dihabiskan dengan perkara yang berfaedah seperti mengikuti kelas latihan Microsoft Word, Powerpoint, Paint & Kelas Klik Dengan Bijak (KDB) yang dianjurkan oleh pertugas Pusat Internet Tamin.


PERANAN PUSAT INTERNET

Pembelajaran melalui Pusat Internet : Sejak penglibatan saya di Pusat Internet Tamin, kemahiran dan ilmu pengetahuan saya semakin berkembang. Saya kini telah menguasai ilmu ICT dengan baik. Saya semakin lancar menaip dan mencari maklumat tambahan yang berkaitan dengan pendidikan saya. Pelbagai pembelajaran yang saya dapati disini, antaranya ialah mengikuti Kelas Latihan Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Kelas Paint, Pembelajaran asas ilmu Seni Teknologi Visual, etika dalam melayari internet dan pengaulan yang positif. Memandangkan saya dahulu merupakan seorang yang agak pendiam dan pemalu.


Peranan Pusat Internet membantu meningkatkan tahap pengusaan ICT : Adik Anjeana Rini semakin lancar dalam menggunakan Ms Office. Selain mendalami ilmu asas tentang Etika penggunaan ICT dengan baik. Ini dapat dibuktikan apabila beliau telah mendapat naib johan dalam Kuiz Celik ICT yang dianjurkan oleh pihak MCMC. (Tuan Haji Roslan, Pengarah MCMC Bahagian Sarawak).