MAKLUMAT PELAJAR
Nama : Anjelly Anak Rapiah
Umur : 11 tahun
Alamat : Rumah Jungan, Sungai Tamin, Batu 36, Jalan Oya, Selangau, 96000, Sibu, Sarawak
Tarikh Keahlian : 03/03/2016
KISAH KEJAYAAN
Latar Belakang : Seorang pelajar sekolah rendah yang tinggal dikawasan luar bandar dan tiada pengetahuan asas tentang ict.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pi : Sebelum menjadi ahli Pi dan tidak mendalami ilmu ict. Adik Anjelly langsung tidak memahami apa itu ICT. Beliau tidak tahu menggunakan komputer secara asas.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pi : Adik Anjelly telah mendaftar sebagai ahli Pi Tamin pada 03/03/2016. Pelbagai perkara baru yang telah dipelajari oleh beliau. Antaranya ialah proses mengendali komputer secara asas. Beliau lebih yakin dan selesa setelah mendalami ilmu asas ict di Pusat Internet Tamin. Anjelly menunjukkan peningkatan positif dalam penguasaan ilmu ICT setiap bulan. Beliau sekarang telah menguasi dengan baik Paint, Microsoft Word & Microsoft Powerpoint. Selain itu, banyak masa lapang beliau dihabiskan dengan perkara yang berfaedah seperti mengikuti kelas latihan Microsoft Word, Powerpoint, Paint & kelas Klik dengan Bijak (KDB) yang dianjurkan oleh pertugas Pi Tamin.
PERANAN PUSAT INTERNET
Pembelajaran Melalui Pi : Sejak penglibatan saya di Pi Tamin, kemahiran dan ilmu pengetahuan saya semakin berkembang. Saya kini telah menguasai ilmu ICT dengan baik. Saya semakin lancar menaip dan mencari maklumat tambahan yang berkaitan dengan pendidikan saya. Memandangkan tahun hadapan (2017) adalah tahun saya menduduki ujian UPSR. Jadi, pendedahan dan pembelajaran ilmu ICT yang saya pelajari disini sememangnya sangat membantu saya dalam soal pendidikan saya. Pelbagai pembelajaran yang saya dapati disini, antaranya ialah mengikuti kelas latihan Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, kelas Paint, pembelajaran asas ilmu Seni Teknologi Visual, etika dalam melayari internet dan pengaulan yang positif. Memandangkan saya dahulu merupakan seorang yang agak pendiam.
Peranan Pi1M Membantu Meningkatkan Tahap Pengusaan ICT : Adik Anjelly semakin lancar dalam menggunakan Microsoft Word. Kemahiran menaip beliau juga semakin baik. Ini dapat dibuktikan setelah beliau berjaya menjuarai “Pertandingan Menaip Pantas” sempena bulan kemerdekaan.