Klik Dengan bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu Keselamatan, Kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Keselamatan
Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat.
Kewaspadaan
Untuk menggalakan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online).
Tanggungjawab
Untuk memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif di kalangan masyarakat.