Klik Dengan Bijak (KDB) bermaksud sebelum melakukan sesuatu di Internet, kita haruslah meneliti carian maklumat adalah betul dan tidak mengandungi unsur-unsur negatif. Progam ini merupakan satu program wajib yang diperkenalkan oleh SKMM. Program ini memberi pendedahan positif kepada setiap pengguna internet terutamanya pengguna di kawasan luar bandar seperti komuniti di sekitar Pusat Internet Tamin. Mejoriti pengguna disini masih baru dalam menerokai dunia IT. Oleh yang demikian, amatlah penting program sebegini diketengahkan kepada pengguna seperti mereka.
Program Advokasi Klik Dengan Bijak Pusat Internet Tamin
Modul : Maklumat Berlebihan & Kuiz KahOot
Tarikh : 7 November 2017
Masa : 2.00 PM – 3.30 PM