mcmc
Laporan Aktiviti

LATIHAN iMOVES (KOSPEN)

Latihan iMoves (KOSPEN) telah dijalankan pada 15 Mei 2018 bertempat di Pusat Internet Tamin. Latihan ini dianjurkan oleh pihak PKB KOSPEN dengan kerjasama PKB Sibu & KK Selangau. Seramai 6 orang peserta yang menghadiri latihan ini. Objektif utama latihan ini adalah memberi pendedahan bertapa pentingnya mencegah penyakit kronik bermula dengan pemeriksaan berkala dengan wakil pihak KOSPEN. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk membantu komuniti setempat melakukan pemeriksaan kesihatan mereka diperingkat awal.