mcmc
Laporan Aktiviti

LAWATAN MCMC & MITEC KE PI1M TAMIN


15 Januari 2018 [Isnin], Pusat Internet Tamin telah menerima kunjungan daripada pihak MCMC & MITEC Sarawak. Berikut adalah objektif utama lawatan tersebut :-

  1. Meneliti Program-program yang telah dijalankan oleh pihak Pusat Internet Tamin.
  2. Perancangan Program bersama (Pusat Internet Tamin & MITEC) untuk masa hadapan.
  3. Mengkaji & mendalami sosio-ekonomi komuniti setempat.
  4. Peranan & fungsi Pusat Internet Tamin kepada warga Tamin.
  5. Kelemahan & permasalahan yang dialami pihak Pusat Internet Tamin.
  6. Audit.

Seramai 7 orang yang mengikuti lawatan ini. (4 orang MCMC, 3 orang MITEC). Lawatan ini turut mendapat sokongan daripada pihak TSE Tamin.

Lawatan ini sememangnya memberi kesan positif terhadap kewujudan Pusat Internet Tamin terhadap warga komuniti memandangkan pelbagai idea gagasan yang menarik telah diperkongsikan untuk mengukuhkan kekuatan Pusat Internet Tamin dalam memberi sumbangan kepada warga Tamin.