mcmc
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Tamin

Maklumat NADi TAMIN

 

NADi Tamin, Sibu Sarawak mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. PI1M merupakan projek yang dilaksanakan melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Telekom Malaysia Berhad (TM) dilantik sebagai kontraktor utama manakala MSD Technology Sdn Bhd (MSDT) sebagai penyelaras program. Projek PI1M ini memberi fokus kepada pemberian perkhimatan capaian internet di kawasan luar bandar. Kemudahan capaian internet ini akan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat di kawasan sekitar dan membantu melahirkan masyarakat berilmu selaras dengan aspirasi kerajaan untuk merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar. 



NADi Tamin terletak kira-kira 65 kilometer jarak dari Pusat Bandar Sibu. Manakala kira-kira 25 kilometer daripada Pekan Selangau dan hanya 10-15 minit daripada Pekan Stapang.


“Ke Arah Mentransformasikan Generasi Bervisi”

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional 

 

Batu 36, Jalan Sibu-Bintulu, Tamin, Selangau,

96000 Sibu, Sarawak

 

Pengurus : Ulyses Roland 

Penolong Pengurus : Mathew Kalat


 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Tamin telah dirasmikan pada 12 Mac 2016 oleh ADUN N.59 TAMIN iaitu Yang Berhormat Datuk Joseph Mauh Anak Ikeh.