mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM DASHBOARD KOMUNITI NOVEMBER 2017


YB Datuk Joseph Entulu anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan Hari Sukan PIBG dan Karnival Pra Sekolah SK Bt 36, Selangau pagi tadi. Program Hari Sukan yang diadakan selama 3 hari bermula pada 16 November sehingga 18 November 2017. Berbagai-bagai acara yang dipertandingkan seperti sukaneka, acara olahraga, pertandingan bola sepak dan sepaktakraw, pertandingan kumang dan keling (kategori kanak-kanak), pertandingan karaoke dan banyak lagi.

Sehubungan dengan ini juga, Pusat Internet Tamin telah menerima jemputan saat akhir dari Ketua Pemuda Bahagian Tamin,DUN 59 saudara Hendary Suria Ak Linggang untuk menyertai pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah. Ini menyebabkan Program Dashboard Komuniti yang sepatutnya dijalankan pada 18 Nov 2017 terpaksa ditunda kepada hari berikutnya (Ahad 19 Nov 2017) bagi memberi laluan kepada Hari Sukan PIBG SK Bt 36, Tamin. Dalam Penyertaan ini, Pusat Internet Tamin yang diwakili En. Ulyses [Pengurus Pusat Internet Tamin] telah berjaya membantu pasukan tersebut menjuarai pertandingan kategori Bola Sepak 9 Sebelah. Program Dashboard juga turut dijalankan secara terbuka pada 18 November 2017 yang bertempat di SK. Batu 36 dengan memberi penerangan secara rawak tentang Aplikasi Dashboard Komuniti & memberi sumbangan goodies kepada para pemain yang mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Tamin. Program ini yang ditunda kepada 19 November 2017 telah berjaya dijalankan dengan peningkatan jumlah pengunjung dari 49 orang pada Program DK September kepada 56 orang pengunjung pada program kali ini. Walau bagaimanapun, ramai diantara pengunjung kali ini tidak dapat memeriahkan program hingga ke penghujung progam berikutan komitmen pembersihan kawasan sekolah SK. Batu 36 yang telah dijalankan pada 16-18 November. Mereka ini rata-ratanya golongan ibubapa yang bertugas dibawah PIBG SK. Batu 36.

Diharap program seperti ini terus mendapat sokongan & sambutan daripada orang luar agar matlamat Pusat Internet Tamin “Ke Arah Mentransformasikan Generasi Bervisi” berjaya direalisasikan dengan jayanya.