Pusat Internet Tamin telah mengadakan Program Jom Sihat pada 02 March 2019( Sabtu) lepas. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :
1. Demo Berus Gigi beramai-ramai bersama kanak-kanak KEMAS.
2. Saringan Kesihatan dengan kerjasama daripada Klinik Kesihatan Selangau.
3. Pertandingan mewarna untuk pelajar sekolah rendah.
4. Pertandingan Artikel Kesihatan (DASHBOARD).
5. Tayangan Video Kesihatan dan KDB Advokasi.
6. Kuiz Kahoot Pemakanan Seimbang dan Gaya Hidup Sihat.
7. Cabutan bertuah.
Objektif Program Jom Sihat ini diadakan adalah
1. Mengeratkan hubungan silaturahim antara Pusat Internet Tamin dengan komuniti setempat.
2. Mempromosikan Pusat Internet Tamin kepada komuniti luar.
3. Memberi Kesedaran tentang kepentingan kebersihan dan kesihatan kepada komuniti yang hadir bersama-sama memeriahkan Program Jom Sihat.