Rh. Jangit Ak Lanting, Sg. Igu, Tamin, Selangau – Program Sehati Sejiwa dianjur bertujuan memperkenal inisiatif kerajaan serta salah satu program turun padang sebagai medium interaksi antara pemimpin bersama rakyat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, program itu membantu masyarakat setempat memperoleh maklumat terkini mengenai inisiatif dan perkhidmatan kerajaan seperti peluang pekerjaan, perkhidmatan dalam talian dan dasar pembangunan kerajaan. “Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah menganjurkan Program Sehati Sejiwa. “Program Sehati Sejiwa mampu memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai program kerajaan dan inisiatif diwujud bagi membantu rakyat terutama ketika berada di luar bandar.